Menu
Usia (geologi) Penamaan masa geologiNama-nama pada unit masa geologi ditakrifkan untuk unit-unit kronostratigrafi dengan padanan unit geokronologi yang berkongsi nama yang sama dengan perbezaan hanya pada unit sahaja (contohnya: Eonotem Fanerozoik menjadi Eon Fanerozoik). Nama-nama eratem pada eonotem Fanerozoik dipilih untuk mencermin perubahan ketara dalam sejarah segala kehidupan di muka Bumi: Paleozoik (kehidupan lama), Mesozoik (kehidupan pertengahan), dan Senozoik (kehidupan baharu). Nama-nama sistem pula asal dari pelbagai sumber, dengan beberapa daripadanya memberi bayangan terhadap kedudukan kronologi (contohnya: Paleogen), manakala yang lain pula ada yang diberi nama berdasarkan litologi (contohnya: Kapur), ada yang berdasarkan geografi (contohnya: Perm), dan ada yang berasal dari suku tertentu (contohnya Ordovisi). Kebanyakan siri dan subsiri yang diperakui pada masa kini dinamakan berdasarkan kedudukannya dalam sesuatu sistem/siri (awal/tengah/akhir); namun ICS memperjuang untuk kesemua siri dan subsiri baharu supaya diberi nama berdasarkan ciri geografi dalam lingkungan stratotipnya atau ketempatan jenis batu rujukannya. Nama-nama peringkat perlulah juga diterbit dari sesuatu ciri geografi pada ketempatan stratotipnya atau ketempatan batu rujukan tersebut.[6]
Secara tidak formalnya, jangka masa sebelum Tempoh Kambria sering dirujuk sebagai supereon Prakambria.[31][note 2]
Nama | Julat masa | Tempoh (juta tahun) | Etimologi nama |
---|---|---|---|
Fanerozoik | 538.8 hingga 0 juta tahun dahulu | 538.8 | Dari gubahan perkataan Yunani φανερός (phanerós) bermaksud 'jelas' atau 'lebat', dan ζωή (zoē) bermaksud 'kehidupan'. |
Proterozoik | 2,500 hingga 538.8 juta tahun dahulu | 1961.2 | Dari gubahan perkataan Yunani πρότερος (próteros) bermaksud 'terlebih dahulu' atau 'terlebih awal', dan ζωή (zoē) bermaksud 'kehidupan'. |
Arkean | 4,031 hingga 2,500 juta tahun dahulu | 1531 | Dari perkataan Yunani αρχή (archē), bermaksud 'permulaan, asal usul'. |
Hadean | 4,567.3 hingga 4,031 juta tahun dahulu | 536.3 | Dari Hades, Yunani: ᾍδηςcode: grc is deprecated , translit. Háidēs, nama dewa dunia dasar (neraka) mengikut mitologi Yunani. |
Nama | Julat masa | Tempoh (juta tahun) | Etimologi nama |
---|---|---|---|
Senozoik | 66 hingga 0 juta tahun dahulu | 66 | Dari gubahan perkataan Yunani καινός (kainós) bermaksud ‘baharu’, dan ζωή (zōḗ) bermaksud 'kehidupan'. |
Mesozoik | 251.9 hingga 66 juta tahun dahulu | 185.902 | Dari gubahan perkataan Yunani μέσο (méso) bermaksud 'pertengahan', dan ζωή (zōḗ) bermaksud 'kehidupan'. |
Paleozoik | 538.8 hingga 251.9 juta tahun dahulu | 286.898 | Dari gubahan perkataan Yunani παλιός (palaiós) bermaksud 'lama', dan ζωή (zōḗ) bermaksud 'kehidupan'. |
Neoproterozoik | 1,000 hingga 538.8 juta tahun dahulu | 461.2 | Dari gubahan perkataan Yunani νέος (néos) bermaksud 'baharu' atau 'muda', πρότερος (próteros) bermaksud 'terlebih dahulu' atau 'terlebih awal', dan ζωή (zōḗ) bermaksud 'kehidupan'. |
Mesoproterozoik | 1,600 hingga 1,000 juta tahun dahulu | 600 | Dari gubahan perkataan Yunani μέσο (méso) bermaksud 'middle', πρότερος (próteros) bermaksud 'terlebih dahulu' atau 'terlebih awal', dan ζωή (zōḗ) bermaksud 'kehidupan'. |
Paleoproterozoik | 2,500 hingga 1,600 juta tahun dahulu | 900 | Dari gubahan perkataan Yunani παλιός (palaiós) bermaksud 'old', πρότερος (próteros) bermaksud 'terlebih dahulu' atau 'terlebih awal', dan ζωή (zōḗ) bermaksud 'kehidupan'. |
Neoarkean | 2,800 hingga 2,500 juta tahun dahulu | 300 | Dari gubahan perkataan Yunani νέος (néos) bermaksud 'baharu' atau 'muda', dan ἀρχαῖος (arkhaîos) bermaksud 'kuno'. |
Mesoarkean | 3,200 hingga 2,800 juta tahun dahulu | 400 | Dari gubahan perkataan Yunani μέσο (méso) bermaksud ‘pertengahan’, dan ἀρχαῖος (arkhaîos) bermaksud 'kuno'. |
Paleoarkean | 3,600 hingga 3,200 juta tahun dahulu | 400 | Dari gubahan perkataan Yunani παλιός (palaiós) bermaksud 'lama', dan ἀρχαῖος (arkhaîos) bermaksud 'kuno'. |
Eoarkean | 4,031 hingga 3,600 juta tahun dahulu | 431 | Dari gubahan perkataan Yunani Ηώς (Ēṓs) bermaksud 'senja', dan ἀρχαῖος (arkhaîos) bermaksud 'kuno'. |
Name | Julat masa | Tempoh (juta tahun) | Etimologi nama |
---|---|---|---|
Kuarterner[note 3] | 2.6 hingga 0 juta tahun dahulu | 2.58 | Pertama kali diperkenalkan oleh Jules Desnoyers pada tahun 1829 untuk mendapan yang terdapat di Lembangan Seine Perancis yang kelihatan lebih muda berbanding batu bata tempoh Tertier.[note 4][32] |
Neogen | 23 hingga 2.6 juta tahun dahulu | 20.45 | Diterbit dari gubahan perkataan Yunani νέος (néos) bermaksud 'baharu', dan γενεά (geneá) bermaksud 'genesis' atau 'kelahiran'. |
Paleogen | 66 hingga 23 juta tahun dahulu | 42.97 | Diterbit dari gubahan perkataan Yunani παλιός (palaiós) bermaksud 'old', dan γενεά (geneá) bermaksud 'genesis' atau 'kelahiran'. |
Kapur | ~145 hingga 66 juta tahun dahulu | ~79 | Merupakan terjemahan Bahasa Melayu langsung dari perkataan “Cretaceous” dalam Bahasa Inggeris, yang juga diterbit dari perkataan Terrain Crétacé yang digunakan pada tahun 1822 oleh Jean d'Omalius d'Halloy, sebagai rujukan untuk lapisan kapur yang ekstensif pada Lembangan Paris.[33] Paling awal perkataan ini diterbit dari perkataan bahasa Latin crēta bermaksud kapur. |
Jura | 201.4 hingga 145 juta tahun dahulu | ~56.4 | Diberi nama berdasarkan Kawasan Pergunungan Jura. Asalnya digunakan oleh Alexander von Humboldt sebagai 'Jura Kalkstein' (batu kapur Jura) pada tahun 1799.[34] Alexandre Brongniart merupakan orang pertama untuk menerbit istilah “Jura” dalam bidang geologi pada tahun 1829.[35][36] |
Trias | 251.9 hingga 201.4 juta tahun dahulu | 50.502 | Dari perkataan Trias oleh Friedrich August von Alberti yang merujuk kepada tiga lapisan bentukan geologi yang tersebar luas di selatan Jerman |
Perm | 298.9 hingga 251.9 juta tahun dahulu | 46.998 | Diberi nama berdasarkan kawasan bersejarah Perm, Empayar Rusia.[37] |
Karbon | 358.9 hingga 298.9 juta tahun dahulu | 60 | Diringkaskan terjemahan dari Bahasa Inggeris “Carboniferous”, yang bermakna 'memikul arang', yang berasal dari bahasa Latin carbō (arang) and ferō (untuk memikul).[38] |
Devon | 419.2 hingga 358.9 juta tahun dahulu | 60.3 | Diberi nama berdasarkan Devon, England.[39] |
Silures | 443.8 hingga 419.2 juta tahun dahulu | 24.6 | Diberi nama berdasarkan salah satu dari puak Celt yakni puak Silures.[40] |
Ordovisi | 485.4 hingga 443.8 juta tahun dahulu | 41.6 | Diberi nama berdasarkan puak Celt yang bernama Ordovices.[41][42] |
Kambria | 538.8 hingga 485.4 juta tahun dahulu | 53.4 | Diberi nama berdasarkan Kambria, bentuk pelatinan nama Welsh untuk Wales, Cymru.[43] |
Ediakara | 635 hingga 538.8 juta tahun dahulu | ~96.2 | Diberi nama berdasarkan Bukit Ediakara. Ediakara mungkin merupakan bentuk seleweng dari perkataan bahasa orang Kuyani 'Yata Takarra' bermaksud tanah keras atau berbatu.[44][45] |
Kriogen | 720 hingga 635 juta tahun dahulu | ~85 | Dari gubahan perkataan Yunani κρύος (krýos) bermaksud 'sejuk', dan, γένεσις (génesis) bermaksud 'kelahiran'.[3] |
Tonos | 1,000 hingga 720 juta tahun dahulu | ~280 | Dari perkataan Yunani τόνος (tónos) bermaksud 'regang'.[3] |
Stenos | 1,200 hingga 1,000 juta tahun dahulu | 200 | Dari perkataan Yunani στενός (stenós) bermaksud 'sempit'.[3] |
Ektasis | 1,400 hingga 1,200 juta tahun dahulu | 200 | Dari perkataan Yunani ἔκτᾰσῐς (éktasis) bermaksud 'lanjutan'.[3] |
Kalimma | 1,600 hingga 1,400 juta tahun dahulu | 200 | Dari perkataan Yunani κάλυμμᾰ (kálumma) bermaksud 'pelitup'.[3] |
Stateros | 1,800 hingga 1,600 juta tahun dahulu | 200 | Dari perkataan Yunani σταθερός (statherós) bermaksud 'stabil'.[3] |
Orosira | 2,050 hingga 1,800 juta tahun dahulu | 250 | Dari perkataan Yunani ὀροσειρά (oroseirá) bermaksud 'banjaran gunung'.[3] |
Riaksia | 2,300 hingga 2,050 juta tahun dahulu | 250 | Dari perkataan Yunani ῥύαξ (rhýax) bermaksud 'aliran lava'.[3] |
Sideros | 2,500 hingga 2,300 juta tahun dahulu | 200 | Dari perkataan Yunani σίδηρος (sídēros) bermaksud 'besi'.[3] |
Name | Julat masa | Tempoh (juta tahun) | Etimologi nama |
---|---|---|---|
Holosen | 0.012 hingga 0 juta tahun dahulu | 0.0117 | Dari gubahan perkataan Yunani ὅλος (hólos) bermaksud 'keseluruhan', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu' melalui bahasa Perancis |
Pleistosen | 2.58 hingga 0.012 juta tahun dahulu | 2.5683 | Dicipta pada awal 1830-an dari perkataan Yunani πλεῖστος (pleîstos) bermaksud 'paling', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu' |
Pliosen | 5.33 hingga 2.58 juta tahun dahulu | 2.753 | Dicipta pada awal 1830-an dari perkataan Yunani πλείων (pleíōn) bermaksud 'lebih', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu' |
Miosen | 23.03 hingga 5.33 juta tahun dahulu | 17.697 | Dicipta pada awal 1830-an dari perkataan Yunani μείων (meíōn) bermaksud 'kurang', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu' |
Oligosen | 33.9 hingga 23.03 juta tahun dahulu | 10.87 | Dicipta pada 1850-an dari perkataan Yunani ὀλίγος (olígos) bermaksud 'sedikit', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu' melalui bahasa Jerman |
Eosen | 56 hingga 33.9 juta tahun dahulu | 22.1 | Dicipta pada awal 1830-an dari perkataan Yunani ἠώς (ēōs) bermaksud 'senja', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu', yang bermakna senja kehidupan moden pada epok tersebut |
Paleosen | 66 hingga 56 juta tahun dahulu | 10 | Digubah oleh Wilhelm Philippe Schimper pada tahun 1874 yang merupakan lakuran kepada paleo- + Eocene, tetapi pada permukaannya dari perkataan Yunani παλαιός (palaios) bermaksud 'lama', manakala καινός (kainós) bermaksud 'baharu' melalui bahasa Perancis |
Kapur Atas | 100.5 hingga 66 juta tahun dahulu | 34.5 | Lihat pada etimologi Kapur |
Kapur Bawah | 145 hingga 100.5 juta tahun dahulu | 44.5 | |
Jura Atas | 161.5 hingga 145 juta tahun dahulu | 16.5 | Lihat pada etimologi Jura |
Jura Tengah | 174.7 hingga 161.5 juta tahun dahulu | 13.2 | |
Jura Bawah | 201.4 hingga 174.7 juta tahun dahulu | 26.7 | |
Trias Atas | 237 hingga 201.4 juta tahun dahulu | 35.6 | Lihat pada etimologi Trias |
Trias Tengah | 247.2 hingga 237 juta tahun dahulu | 10.2 | |
Trias Bawah | 251.9 hingga 247.2 juta tahun dahulu | 4.702 | |
Leping | 259.51 hingga 251.9 juta tahun dahulu | 7.608 | Diberi nama berdasarkan Leping, Jiangxi, Republik Rakyat Cina. Nama ini berasal dari perkataan Bahasa Cina Mandarin 乐平 (lèpíng) bermaksud 'irama yang aman damai' |
Guadalup | 273.01 hingga 259.51 juta tahun dahulu | 13.5 | Diberi nama berdasarkan Pergunungan Guadalupe di kawasan barat daya AS, paling awal dari perkataan Bahasa Arab وَادِي ٱل (wādī al) bermaksud 'lembah kepada sesuatu', dengan tambahan apitan akhir dari bahasa Latin lupus bermaksud 'serigala' melalui Bahasa Sepanyol |
Cisural | 298.9 hingga 273.01 juta tahun dahulu | 25.89 | Dari bahasa Latin cis- (sebelum) + bahasa Rusia Урал (Ural), merujuk kepada lereng kawasan Pergunungan Ural |
Pennsilvania Atas | 307 hingga 298.9 juta tahun dahulu | 8.1 | Diberi nama berdasarkan negeri AS Pennsylvania, yang berasal dari gubahan William Penn + perkataan bahasa Latin silvanus (hutan) + -ia dengan analogi kepada Transylvania |
Pennsilvania Tengah | 315.2 hingga 307 juta tahun dahulu | 8.2 | |
Pennsilvania Bawah | 323.2 hingga 315.2 juta tahun dahulu | 8 | |
Mississippi Atas | 330.9 hingga 323.2 juta tahun dahulu | 7.7 | Diberi nama berdasarkan Sungai Mississippi, dari perkataan bahasa Ojibwe ᒥᐦᓯᓰᐱ (misi-ziibi) bermaksud 'sungai besar' |
Mississippi Tengah | 346.7 hingga 330.9 juta tahun dahulu | 15.8 | |
Mississippi Bawah | 358.9 hingga 346.7 juta tahun dahulu | 12.2 | |
Devon Atas | 382.7 hingga 358.9 juta tahun dahulu | 23.8 | Lihat pada etimologi Devon |
Devon Tengah | 393.3 hingga 382.7 juta tahun dahulu | 10.6 | |
Devon Bawah | 419.2 hingga 393.3 juta tahun dahulu | 25.9 | |
Pridoli | 423 hingga 419.2 juta tahun dahulu | 3.8 | Diberi nama berdasarkan kawasan rizab semulajadi Homolka a Přídolí berdekatan Prague, Czechia |
Ludlow | 427.4 hingga 423 juta tahun dahulu | 4.4 | Diberi nama berdasarkan Ludlow, England |
Wenlock | 433.4 hingga 427.4 juta tahun dahulu | 6 | Diberi nama berdasarkan Tebing Wenlock di Shropshire, England |
Llandoveri | 443.8 hingga 433.4 juta tahun dahulu | 10.4 | Diberi nama berdasarkan Llandovery, Wales |
Ordovisi Atas | 458.4 hingga 443.8 juta tahun dahulu | 14.6 | Lihat pada etimologi Ordovisi |
Ordovisi Tengah | 470 hingga 458.4 juta tahun dahulu | 11.6 | |
Ordovisi Bawah | 485.4 hingga 470 juta tahun dahulu | 15.4 | |
Furong | 497 hingga 485.4 juta tahun dahulu | 11.6 | Dari perkataan bahasa Cina Mandarin 芙蓉 (fúróng) bermaksud 'teratai', merujuk kepada simbol provinsi Hunan |
Miaoling | 509 hingga 497 juta tahun dahulu | 12 | Diberi nama berdasarkan the kawasan pergunungan Miao Ling [zh] di Guizhou, makna bahasa Cina Mandarinnya ialah 'puncak bercambah' |
Siri 2 Kambria (tidak formal) | 521 hingga 509 juta tahun dahulu | 12 | Lihat pada etimologi Kambria |
Terreneuve | 538.8 hingga 521 juta tahun dahulu | 17.8 | Diberi nama berdasarkan Terre-Neuve, suatu pinjaman terjemah dari bahasa Perancis untuk Newfoundland |
Menu
Usia (geologi) Penamaan masa geologiBerkaitan
Usia Bumi Usia alam semesta Usia (geologi) Usia Silures Usia Perm Usia kapur Usiacurí Usman Awang Usahawan Ujian dadahRujukan
WikiPedia: Usia (geologi)